Friday 25 October 2013

GAMBAR
 
PERKHIDMATAN
KLINIK KESIHATAN LOK HENG
 



PIAGAM PELANGGAN

 
PIAGAM PELANGGAN
KLINIK KESIHATAN LOK HENG
 
 KKM
 
Pelanggan akan mula menerima perkhidmatan di Klinik Kesihatan/ Farmasi dalam masa 30 minit selepas pendaftaran atau kad diimbas.:
i)           Klinik Kesihatan
ii)          Farmasi
iii)        > 75% Pesakit Luar di Klinik Pergigian Mendapat Rawatan Dalam Masa 30 minit
 
Di Jabatan Kecemasan, pelanggan akan dikategorikan mengikut keutamaan kes kepada
berikut :
i. Zon Merah : Pesakit akan dirawat serta‐merta.
ii. Zon Kuning : Pesakit akan diperiksa dalam masa 15 minit.
 
Sijil Kesihatan dikeluarkan setelah dokumen dan maklumat lengkap diperolehi daripada
Syarikat yang memohon dalam masa :
3 hari bekerja (sekiranya produk mempunyai sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan).
21 hari bekerja (sekiranya produk tiada sijil HACCP
 
Sijil Jualan Bebas dikeluarkan kepada Syarikat yang memohon dalam masa 24 jam setelah dokumen dan maklumat lengkap diperolehi.
 
Selepas menerima permohonan baru yang lengkap daripada pelanggan ;
i. Lawatan ke premis pemohon bagi tujuan lesen hospital dan klinik akan dilakukan dalam
masa 14 hari bekerja.
ii. Pengeluaran lesen / permit baru ( racun jenis A, B, E, Permit Naoh dan Permit Psikotropik)
yang dikeluarkan dibawah Akta Racun 1952 dalam tempoh 10 hari bekerja.
 
Kawalan pencegahan wabak dalam tempoh 24 jam dari tarikh notifikasi yang diterima bagi semua penyakit berjangkit.
 
Siasatan kes kematian akibat penyakit berjangkit adalah dalam tempoh 24 jam dari tarikh notifikasi diterima
 
Pengurusan aduan pelanggan direkod dan dimaklumkan penerimaannya dalam tempoh 3 hari bekerja dan dijawab kepada pengadu tentang tindakan yang telah dibuat dalam tempoh masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
 
Pengurusan pembayaran Bil dan Tuntutan dijelaskan dalam tempoh masa 14 hari daripada tarikh pengesahan kelulusan pembayaran

MUQADIMAH

 

SELAMAT DATANG KE

KLINIK KESIHATAN LOK HENG

01 JANUARI 1983
 
 
PINTU MASUK UTAMA KE KLINIK KESIHATAN LOK HENG

 
KLINIK KESIHATAN LOK HENG
GUGUSAN FELDA LOK HENG
81900 KOTA TINGGI, JOHOR
 
PETUGAS
                                                         DOKTOR            - 1 ORANG
                                                         JURURAWAT    - 12 ORANG
                                                         MA                      -  2 ORANG 
 
                         HARI BERURUSAN                                           WAKTU BERURUSAN
                              ISNIN - SABTU                                            8:00 PAGI  -  5:00 PETANG